Wanita Merah Jambu kena RABA?
Sunday, July 18, 2010
Di petik dari Forum Utusan Malaysia Online
SAYA adalah salah seorang pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tetapi kali ini aduan saya bukanlah tentang kelewatan servisnya.
Aduan saya berkaitan dengan koc wanita yang diperkenalkan beberapa bulan yang lalu dan semalam adalah kali ketiga saya menaikinya.
Sepanjang tiga kali menaikinya, dari pemerhatian saya, koc ini dengan mudahnya dapat dimasuki kaum lelaki kerana pengawasan yang dilakukan tidak di semua tempat dan tidak sepenuh masa.
Malah saya sendiri telah ‘diganggu’ di dalam koc wanita dan diekori, apabila ingin membuat aduan. Soalan pertama yang ditujukan: “Ada gambar si pelaku?” Sudah tentulah tiada kerana saya terlalu sibuk menepis tangan gatal lelaki terbabit.
Untuk pengetahuan anda, saya sudah hampir lima tahun menggunakan khidmat KTMB secara mingguan dan tidak pernah saya mengalami kejadian seperti itu di koc biasa sebelum ini.
Tujuan utama saya menulis e-mel ini bukanlah untuk menyalahkan pihak KTMB, tetapi saya ingin mencadangkan:
- Pertama, kamera pengawasan harus dipasang di dalam tren KTMB yang saya rasa bukan sahaja dapat mengurangkan masalah gangguan seksual, tetapi juga aksi-aksi pasangan, penyeluk saku dan sebarang salah laku.
- Kedua, butang keselamatan dipasang di bahagian yang mudah dicapai seperti butang loceng di dalam bas awam di mana butang keselamatan itu dapat memberitahu pegawai keselamatan bertugas untuk bersedia ke koc berkenaan dan membantu.
- Ketiganya, pegawai keselamatan harus ada untuk memastikan tiada lelaki memasuki koc wanita, ini kerana kewujudan koc ini tidak berfungsi sepenuhnya malah tanpa pemantauan sebenarnya koc wanita terdedah kepada bahaya kerana salah seorang daripada kumpulan lelaki yang memasuki ruangan ini mungkin berniat jahat dan tiada ‘hero baik’ yang telah memasuki tren wanita untuk menyelamatkan keadaan.
Saya harap ada tindakan akan diambil demi meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara kita.
oleh zizkinrock@yahoo.com
Apa ada pada "World Cup 2010"?
Thursday, June 10, 2010
2. Lonjakan kenaikan KDNK dalam sektor perniagaan (restoran), pembuatan/perkilangan (LCD/LED TV)
3. Peningkatan kadar pengeluaran sijil kesihatan (MC)
4. Pengurangan kadar aktiviti "dating" sampai tengah malam
5. Kenaikan kadar penghidap penyakit kencing manis kerana terlalu banyak teh tarik mamak
6. Peningkatan kadar kes domestik melibatkan perebutan saluran tv di rumah
......dan macam-macam lagi lah... so bersempena demam bola sepak ni, semak-semakla jadual perlawanan seperti di link berikut untuk perancangan jangka pendek sepanjang sebulan ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang tragedi :
http://beritasemasa.com/jadual-perlawanan-piala-dunia-2010-waktu-malaysia
Ole...ole ole ole!!!!
Selesa di koc merah jambu
Friday, May 21, 2010
Bagi penumpang wanita ia sudah tentu ia lebih mengazabkan. Bukan sahaja perlu bersesak dan kadang-kadang berebut-rebut dengan lelaki untuk masuk ke gerabak, tetapi terpaksa berhimpit-himpit.
Ada ketikanya disebabkan penumpang terlalu ramai penumpang wanita dihimpit lelaki. Ia sampai ke tahap dada bersentuh dada dan belakang bergeselan.
Situasi itu cukup meruncing pada waktu puncak iaitu dari pukul 6.30 pagi hingga 9 pagi dan pukul 4 petang hingga 8 malam.
Rencana selanjutnya, klik di siniWina - lebih aman hidup sekarang....Alhamdulillah
7 perkara TERLARANG di Facebook
Friday, May 14, 2010
10 pagi - malas nak keje
11 pagi - masih malas nak keje
12 tgh hari - takda mood nak keje
1 petang - makan kari kepala ikan
3 petang - bengangnyaa....banyaknya keje
4 petang - kenapa keje banyak sangat ni
5 petang - cepatnya boss balik, makan gaji buta ka.... (yg dia tuh tak sedar diri)
Kalu tak pun update foto dan link plak kat kengkawan...update profile, files, etc. Facebook kini boleh dianggap sebagai autobiography database terbesar mengandungi berbillion profil. Maka tidak hairan la bila hackers atau fraudster berusaha untuk memecah masuk ke dalam Facebook sebab nak mencuri maklumat peribadi. Kita plak, sebab dah terlalu teruja nak berfacebook, selagi ada ruang, selagi itulah segala maklumat nak dipaparkan.
Disini saya sertakan 7 perkara TERLARANG semasa berfacebook:
1.Guna password yang lemah
2.Meletakkan tarikh lahir penuh
3.Tidak menggunakan sepenuhnya Privacy Control
4.Meletakkan nama anak di dalam caption
5.Mengatakan anda tiada di rumah
6.Membenarkan enjin carian (search engine) mencari anda
7. Membiarkan anak anda menggunakan Facebook tanpa pengawasan
Maklumat lanjut? Klik di sini.
Kata Barack Obama : Berhati-hatilah berfacebook jika kemudian nak jadi ahli politik, jangan menyesal pulak nanti org guna info dlm facebook tu nak hentam balik, almaklumlah muda-mudi sekarang sumer nak express themselve tapi otak tak cukup umur (lebih kurang la translation apa yg dia cakap tuh)
Lif pun tak selamat!
Tuesday, May 11, 2010
Moral of the story - duduk rumah tereslah, tak payah naik lif hehehe
Stop! Ladies only
Sunday, May 9, 2010
- kena tolak atau kena siku ngan lelaki, sakit woo
- kaki kena pijak plak, dah lah kasut diorg tebal (citer bab kasut ni, kasut diorg lagi selesa, takda masalah la kalau diorg ni berdiri lama)
- suka hati je sandar badan dia kat orang, dah la berat
- bau yang sungguh @#$#$% (Ya Allah, ampunkan dosaku dan kuatkanlah semangat hambamu ini)
- adegan touch n go...kurang ajar betul
So frens, ruangan blog ini secara amnya didedikasikan untuk wanita dan isu-isunya, tak kira lah kecil besar, tua muda, kurus ke gebu (hik hik hik). Guys are welcome too (sharing is caring maa). Turut disertakan pautan ke rencana/blog-blog menarik serta online shopping (this is a must). So do come and check out my blog for the latest info/products. Enjoy the ride...........